Wednesday, December 1

let's weekend getaway?

rasa-rasa nak ber-picnic lah
dah lama tak gi release tension
nak pegi bukit cerakah!

other than cycling, apa lagi best kat sana?
suggestions please.

Thursday, October 14

Online shopping? Or real-time shopping?

Pepagi lagi aku dah check onlinecyber
Skali result belom keluar daa

Oh oh, hari ni aku nak share skit pasal online shopping lah

Buat orang yg tak suka lepak sana-sini
Buang masa nak jam kat Federal Highway, MRR2, Kesas
Buang duit nak bayar parking, minyak, tol
Buang tenaga nak jalan carik specific kedai

Baik-lah shopping online
Jimat masa, duit *walaupun kau akan spend lebih byk dari yg disangka , dan tenaga

Tapi ada jugak advantages dan disadvantages
Hmm, korang masing-masing dah besar
Pepandai la pikir pasal baikburuk nya

Meh usha skit blogshop/page yg aku suka
Hihi ;)


Antara sebab aku suka blogshop/page ni ialah
Barangan nya murah, menarik dan sistem pos nya yg sgt best
Certain blogshop tu depa charge postage fee mahal gila
Cecah RM10, baik aku pi bayar duit minyak keta bf aku
Hihi ;)

So selamat ber-shopping ye kawan-kawan
Kalau ada link yg best-best lagi, jangan lupa sharing maring
Thanks!

ps : kalau nampak barangan yg aku pakai from blogshop/page tu, dendiam je laa

Saturday, September 11

pusara adik di pagi raya

kakak tak tau, yg hari raya tahun lepas
adalah hari raya yg last kita sambut bersama
adik dah takdak bersama kami nak berhari raya
takdak lagi baju raya warna sedondon
takdak lagi adik yg nak salam cium tangan kakak mintak maaf
takdak lagi adik yg nak tolong beli kan ais kiub


pagi raya tahun ni - sunyi
takdak suasana raya
takdak lagu raya yg berkumandang
takdak takbir raya di rumah
takdak baju raya warna sedondon
takdak juadah raya special sbb semua nya favourite adik
takdak orang yg sibuk nak makan ketupat and rendang
kalau masak, nanti mesti semua teringatkan adik

lepas solat sunat aidilfitri
kakak, mak, ayah, abang - pi kubur adik
adik nampak kan?
kami semua berbaju hitam
kami bawak air yasin untuk siram pusara adik
kakak taburkan bunga atas pusara adik
adik nampak kan?

mata ayah merah
mak baca yasin di sisi ayah
kakak sebak - tak dapat nak tahan air mata
mengalir jugak air mata di pusara adik
kakak nak beraya dgn adik lagi
baru 18 tahun kita beraya sama
kakak tak sempat nak bagi duit rayaa kat adik lagi
tak sempat nak beli kan adik baju raya
tak sempat segala-gala nya

selamat hari raya adik, maaf zahir dan batin
semoga roh adik tenang di sana
al-fatihah!



Friday, August 20

8000 perkataan =.="


Macam mana nak habis kan 200 words pun, kalau dah Diary of Winpy Kid dok terpasang kat bawah tu?

Monday, August 16

Ber-displin okay Nurul Farhanaa! *a note to myself

I have to avoid these!

1. beef, lamb, duck
2. catfish, caviar, crab, eel, lobster, oyster, shrimp, squid
3. cheese and milk
4. oil of corn, sesame, peanut
5. cashews, pistachios
6. red bean
7. durum wheat, shredded wheat
8. multi-grain bread, high-protein whole wheat bread
9. peppers, olives, potatoes, yam, cabbage, tomatoes, eggplant, mushroom
10. honeydew, mangoes, papaya, bananas, coconuts, orange
11. vinegar, ketchup, mayonnaise, pickles
12. soda, black tea

More SEAFOOD, BERRIES, and GREEN TEA okayy!

*those in highlight i love most! TT_TT

Wednesday, August 4

Selamat Hari Lahir, Mak!


Excited gila dia dapat bunga memalam sampai tak tido lagi
Tapi terharu jugak lah sbb dia cakap I Love You, and struggle nak carik emoticon :-x

Happy Birthday Mak!

Tuesday, July 20

5 hours never enough for us!

Tak paham la dgn lelaki zaman sekarang ni. Sama ada perempuan yang terlampau independant, ataupun lelaki zaman sekarang ni mmg suka nagging.

Bukan la tak pernah terjadi kat diri aku, tapi ada lagi beberapa kawan aku yg lain. Oh by the way, excuse bahasa aku hari ni, terlampau formal kan?

123 soul sisters! We been living together for the past 5 years, and dah kenal almost 10 years! No one else could understand us better. Sisters, maksud nya aku berasal from all-girls-school la kan. Since now ni kitorg dah tak duk sesama lagi dah, if we have meet-up, there are so much to catch up. 5 hours never enough right girlfriends? ;)

Tapi most of our bfs still tak boleh nak faham, worried too much. Bila dah nama pun meet-up with sisters, mesti la takde lelaki, so nothing to worry. Stop calling us, checking either are we okay 'coz we surely allright, unless causing the neighbours to wake up of our loud and clear gossips through the night. But still, we are doing really fine.

And not to mention, even our parents had to get used of our meet-up, and breaking the late night curfew. Some even gave permission for friends to crash the home, super cool kan? And we don't care, takde pun rasa friends tu troublesome. we need each other kan?

Pelik jugak bila bf tanya, "Tak malu ke duk rumah org lama-lama?"

We even ask for nasik at 10 pm from friend's parents. It's not big deal when mom knew that her friend's parents would do the same for her daughter, right Mak?

On the top of everything, I love my girlfriends! So much!

Monday, June 28

Dugaan

Ya Allah Ya Tuhanku
Kuatkan lah diri aku sekeluarga untuk hadapi dugaan dari-Mu
Tabahkan lah hati kami
Berikan lah petunjuk


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 17

When mom get too excited

Nak eja smayang pun jadi syang
Short form sangat la tu kunun, heh!

Pastu excited cakap, "Sat sat, mak nak bagi sesuatu"
Lama gila duk nunggu


Kesudahnya, emoticon - Bye; Toungue; Drool; and Time-out
HAHAHHAHAHHAHAHAHAH!
Tak dapat nak catch up apa maksud dia :|

Wednesday, June 16

Erkk, terkejut guaa


Bila ayah dah mula masuk campur urusan facebook bf-gf :|

Friday, May 28

#167

Dah 167 hari adik pegi
Semalam mak mimpi adik
Kakak rasa adik tido kat belakang
Adik balik kan semalam?
Kami rasa
Pagi ni kami pi bersihkan kubur adik
Kami rindu

Al-fatihah untuk adik.






- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 26

Air teh yang tawar!

Lepas sesi basuh cadar kat luar umah aku
Memang dahaga sgtt!
Tapi sebab nak kurus punya pasal
Tahan diri dari minum ais, minum teh o panas
Kali ni, aku yang bancuh - mantapp!

Time minum je, timbul lah conversation ni

Aku : Sedap tak teh ni?
Ayah : Boleh laa.
Aku : Makk! Sedap takk?
Mak : Sedapp!!
Aku : Antara teh kakak buat, dengan teh mak buat, mana lagi sedap?
Aku : Mak punya teh manis sgt, kakak tak suka la manis-manis nii
Aku : Nanti diabetis!
Ayah : Mak punya teh lagi sedap
Ayah : Memang la mak buat manis, macam mak jugakk.
Ayah : Bukan macam hangg ni, mak dulu muda-muda, lawa lagi dari hang, tau dak?
Mak : *senyum bangga*
Aku : *speechless*

Lepas ni jangan suruh aku bancuh teh lagi dah!


Friday, May 14

Loser.

Dah takde cite menarik dalam hidup aku
Hambar, bosan, menyampah, mcm ayam, dan sebagai nya
Sila berambus :|

Wednesday, May 5

Saturday, May 1

Tak cukup masa dah ni

Aku mmg nak sgt blogging, tapi nak tido pun tak cukup masa!

Urgh, final exam just around the corner. And yes, i need luck!

Jumpe lagi ye kawan-kawan.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, April 6

fikirkan sejenak

tak tau nak start macam mana
tapi kalau dah umur makin meningkat
and masih lagi main-main pasal studies and carrier
macam mana life masa akan datang nanti?

haih, risau nya aku
dah final year
tapi belom rasa anything
aku sendirik still main-main

oh ya, esok quiz computer network
sungguh pun masuk lab je
tapi ke-cuak-an tu ada jugak
tapi aku belom start study pun
and mood nak study pun tak datang pun

busy melayan parents
and Nureen Qashreena
dan jugak ahli baru dalam family, Nureen Qhaisara
baru tak baru la jugak
lahir 23 February
dah 44 hari dah pun

nak update pasal Korea
tapi serious takde masa
nnt lah bila free, baru nak update
heh, macam la ada org baca blog aku ni

and macam la ada org yg kesah
ah ok lah
must not resist, study!
bye!

Friday, March 5

Empat perkara baik dan buruk

Been awhile since my last update
Tapi ni pun mcm takda apa-apa sgt
Just a thought that wanna share this thing
I found it in Aimi's blog
Tapi dah tak ingat the url


Empat perkara merosakkan mata

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan mata

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih


Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama


Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Sunday, February 7

Missing

I know,
it won't be the same anymore

The truth hurts me
But I have to bear with it
Sooner or later
This feeling will fly away
But I will stay here missing you
And every moment
We used to be together

Stay strong, Nurul Farhana!

P/S : Masih tak ragu-ragu dgn kenyataan

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, January 27

48 hari

Makin lama, makin rindu. Adik, semoga tenang di sana. Kami rindu adik sangat-sangat.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, January 6

its totally different this time

holiday kali ni
mmg sgt lah lain rasa nya
takde lagi org nak beli kan breakfast
takde lagi org nak kacau aku tido
takde lagi org yg boleh aku ajak jalan-jalan

mmg sunyi sgt rumah ni
tinggal aku sorg
ruang dapur jadi lagi sunyi
bilik adik kat dapur
selalu nya akan bising dgn lagu-lagu favourite
kebanyakan lagu indie

tempat sidai baju
selalu nya sentiasa panas dgn kipas aircond bilik dia
aku tak perlu nak risau baju tak kering
kipas tu sentiasa jalan
tapi now ni, aku mesti harap pada matahari

matahari pun mcm tanak kluar
aku rindu kat adik
tinggal la aku dgn ayah
mmg sunyi
sgt la sunyi
rindu nya adik
sangat-sangat.

Sunday, January 3

Soaring & Flying

If we were trying,
So we're breaking free.


- Posted using BlogPress from my iPhone