Saturday, December 26

tolong laa

sorry, truly sorry, i blame myself for everything



belom sampai sebulan aku hilang adik
jiwa aku still belom tenang
datang lagi masalah
pening nak pikir

makayah tak kuat
malam semalam makayah nangis lagi
dua-dua orang - kat depan tv
aku memang kena kuat kan diri
tak sampai hati nak biar makayah tengok aku tak kuat
kalau aku nangis sama dgn diorg, mesti diorg lagi weak

takde tempat nak ngadu
takde tempat nak cerita
takde tempat nak nangis
takde tempat nak kuatkan diri aku sendirik
takde tempat nak cheer up kan dirik aku
takde tempat nak kongsi sedih

i'll survive!

sorry - for giving you much problems and headache

thank you

Friday, December 25

taburkanlah harum-haruman di kubur adik Ya Allah

dah 14 hari adik pegi
mmg terasa sangat hari ni
apa yang adik rasa masa kena cabut nyawa?
dia jerit ke?
sakit macam mana?
ke dia tak rasa anything langsung?

Ya Allah
tempat kan lah roh adik di kalangan orang-orang yang beriman
Kau ampun kan la dosa-dosa adik
dosa-dosa kedua ibubapa aku

knapa ari ni jantung berdegup laju sangat?
tekak pun rasa kering and pedih
macam ni ke adik rasa time saat-saat akhir dia nak pi?

Thursday, December 24

memang tak patut

ish - memang bukan hobi aku nak komplen
seboleh-boleh aku nak elak
bukan nya suka sangat bebel-bebel hal yg takde kena mengena dgn aku nih
kalau ter-kena aku, memang bukan takat bebel
maki pun lebih daripada suka

aku rasa memang aku mengada
eh, aku ngaku - aku memang mengada
tapi takde lah aku nyusah kan orang kan?

takat nak ajak teman makan
takat nak ajak teman borak
laju je laa aku nak mengada
tapi bila part guna duit korang
mana ada aku mengadaa!

kalau boyfriend - lain cerita
tapi kawan - memang aku tak gemar sangat la
gurau-gurau tu selalu je

ok back to topic mengada
apesal la kau mengada sangat?
atau patut ke aku guna perkataan demand?
demand gila bila nak suruh aku bawak korg gi makan - jalan-jalan
bila aku ada exam!

ingat apa?
kuli batak?
dah aku taknak tu
boleh pulak nak pinjam keta?

ewahh - over ok!
jangan harap aku nak kasik

pastu - ada ke nak salah kan aku
sebab dia ter-minat kat kawan aku?
pastu nak main sorok-sorok
konon nya jual mahal la
padahal kawan aku nak kawan je kott!
perasan lebih, heh!

cakap pasal minat-minat ni
dulu-dulu, aku selalu ter-minat dgn orang yg selalu tolong aku
susah kan?

penah jugak aku ter-minat dengan boyfriend orang
bukan sekali, tapi banyak kali
since that, aku tekad - tanak baik sgt dengan orang
aku tau, nnt aku yg sakit jiwa
so aku selalu warning orang
"Don't me nice to me"
sampai lah now ni

tapi aku rasa aku boleh adapt now ni
aku dah boleh beza kan
mana suka, mana cinta
mana kawan, mana kekasih
mana betul, mana salah

oh patut pun, dah nak masuk dua-puluh-dua tahun dah rupa nya aku ni


Friday, December 18

salah mak ayah ke salah didikan hostel?

mungkin sebab background aku as budak asrama time skolah
so aku rasa sgt pelik bila berdepan dgn orang-orang yg penting kan diri sendirik

kalau anak nak balik hostel, and mak masak kan utk anak tu
patut ke mak utk kasik makanan tu lebih sikit, since mak tau anak tu dok bilik ramai-ramai?
ke salah anak tu sbb dia tanak bawak utk org lain? and bawak utk dia sorg je? tanak offer org lain
walaupun sebenar nye org lain tu tak hingin pun makanan tu

and budak yg tak dok hostel ni, mesti lambat sgt nak pick up
apa org cakap, apa yg bebel, dia blur je
rasa mcm nak sepak
pastu bila dah org sindir ke, perli ke, ape ke
dia mesti nak terasa lebih
padahal benda betul

lagi satu, budak yg tak dok hostel ni
selfish gila
tak penah pun nak pikir pasal org lain
dia tau pasal dia jee
kalau dia ada problem, mmg problem dia je la yg plg besar kat dunia ni
mmg org lain tak penah ade problem macam tu

adik accident, ohh - dia sorg je ada adik
so sumorg kena kesian kat adik dia je
midterm marks teruk
oh dia dah study teruk-teruk
lecturer yg jahat sbb kasik sikit marks
padahal, time free - melalak sana sini
jalan tak ingat dunia

from my personal oppinion
budak yg tak dok hostel ni lagi narrow mind-ed
aku mati-mati la ingat, aku yg dok hostel lima tahun ni
dah mmg bawah tempurung abis
rupa-rupa nya
ada org lagi teruk

tak cukup dgn narrow mind-ed
suka pulak buat assumption
stereotype betol

asal goverment, buat keja mesti lembab
korg tak tau ke government byk keja nak kena buat selain layan kerenah korg je?

asal smayang, kuat agama, mesti kena kaitan kan dgn terrorist
korg tak tau ke dalam Al-Quran tak ajar pun suruh pi bom sana sini?
dalam Islam pun suruh kita ikut arus moden yg selari dgn tuntutan agama?

asal IPTA je, mesti bodoh
korg tak tau ke, IPTA student lagi pandai dari budak-budak IPTS?
just sebab diorg blaja kat university government, korg anggap apa yg diorg blaja tu lagi rendah dari korg?

mentang-mentang korg duk kat IPTS, korg ingat korg dah cukup bagus?
cakap budak-budak IPTA narrow minded?
padahal sebelum ni pun korg asal dari sana?
tak sedar diri ke?
siap boleh cakap, "budak IPTA ni kolot skit pemikiran nye"
sedangkan, aku rasa - korg pun sama je

byk lagi aku nak tulis ni
tapi final exam around the corner
nnt update lagi

to all budak yg tak dok asrama - bukak sikit mata dan otak tu!

Saturday, December 12

Adik, Allahyarham Mohd Farhan




"Kakak, adik accident kak, kakak siap-siap la balik sekarang. Jangan bawak laju-laju"

gugur kejap jantung aku
mak call cakap mcm tu - bunyi sangat serious
sangat serious
terus aku sambar kunci kereta
gi isi minyak dan jugak touch and go
jauh perjalanan aku dari kajang ke perlis

sementara tunggu abang dan kakak ipar aku
sempat aku call mak skali lagi

"Kakak, sedekah al-fatihah banyak-banyak kat adik, kak. Adik dah takde. Kakak cepat balik. Jaga diri."

ya Allah
betul ke apa yg aku dengar tu?
air mata terus mengalir
dalam keadaan masih tak percaya

sesampai je abang dan kakak ipar aku
kami bergegas balik ke perlis
aku pujuk hati aku, "adik ok kot, takdak apa-apa ni"
tapi Tuhan saja yg tahu
air mata lah yg menemani sepanjang perjalanan 5 jam tu
al-fatihah pun tak lekang dari bibir

sesampai ja kat taman perumahan
orang dah memenuhi jalan masuk taman
ramai sangat ya Allah
sebaik aku jejak kaki ke dalam kawasan rumah aku
otak aku dah takleh nak pikir apa-apa

aku lihat sebujur badan yg dah kaku
dalam keranda kayu
di ruang tengah rumah
ayah dah terduduk di tepi keranda
aku peluk ayah
aku cium mak

mak bukak muka jenazah
ya Allah, adik!

adik pegi dulu sebelum kakak
tak sempat kakak nak jaga adik
ayah kan dah pesan, kakak kena jaga adik
tapi adik tinggal kakak dulu

kakak tak sempat nak beli kan webcam baru untuk adik
kakak tak sempat nak bawak adik jalan-jalan
kakak tak sempat nak mintak maaf dgn adik
kakak tak sempat nak belanja adik dgn gaji pertama nanti
kakak tak sempat jumpa adik buat kali terakhir nya

adik dah pergi tinggal kan kami sekeluarga
selama-lamanya
tak kan kembali lagi

adik, ayah sedih sgt
ayah tak boleh tgk semua barang-barang adik
ayah bangun 4 pagi setiap pagi, nangis
sbb teringat kat adik
tapi kakak akan jaga ayah
kakak akan tolong ayah kuatkan semangat

adik jaga diri kat sana
kakak hanya boleh kirim doa lepas solat
kakak harap adik ditempatkan dgn org-org yg beriman kat sana
kakak jugak doakan agar
kubur adik dipanjang kan 70 hasta
ditaburi harum-haruman
ditutup dgn kain sutera
dihias bak taman syurga

kakak harap adik tenang kat sana

Al-fatihah

Allahyarhan Mohd Farhan Musa ( 28 September 1991 - 11 December 2009 )









kawan-kawan, boleh baca cerita pasal accident tu kat ----> sini & sini
hanya Allah yg tau apa terjadi sebenar nya
kami pun tak dapat tau punca sebenar
hanya doa yg mampu kita kirim kan kepada keempat-empat arwah

Monday, December 7

bebel kat telinga sendirik pls

note: title entry terpaksa di tukar untuk sebab-sebab tertentu

tersangat tak suka bila aku ter-dengar org bebel
pasal ntah apa-apa
jangan nak pertikai benda yg tak boleh dipertikai

"knapa jalan jem?"
"knape ayah aku kedekut kasik RM300 je sebulan?"
"knape exam mmu ni susah sgt?"
"knapa sumorg nak kluar time aku nak kluar?"

ingat kau sorg je ke yg wujud kat dunia ni?
abis? semua org kena ikut kemampuan kau?
buat exam senang-senang, kasik kau lulus?
org lain nye takyah amik kira? ko nak dapat mark tinggi - study aa
takyah nak join event, gi jalan - lepak buang masa, buat video-video yg tak guna
baik kau study
tapi kau bukak buku je, dah ngantuk

sedar diri sikit la
kalau dah dapat allowance RM300 sebulan, pepandai la jimat
takyah nak blagak
joli sana - joli sini
aku dulu - start foundation pun ayah aku kasik RM400 je ok
include sewa rumah, minyak, tol, bil, dan segala nyaa
tak lebih ok!
so pls jgn nak demand lebih-lebih
org kasik satria nak hoda city ibarat nya
rimas aku!

kalau dah nama nya jalan tu untuk public, takyah nak buat-buat tanya
knapa jalan nak jem
kalau tanak jalan jem, lain kali suruh bapak kau buat satu jalan khas untuk kau je ok.
org lain pun penat jugak duk dalam jem.

penat la aku nak dengar semua benda merepek nii!
pls be mature
budak umur 19 tahun pun lagi mature dari korang!

Monday, November 23

i'm totally fuck up

shit la
i know it's my mistake
tapi it shouldn't be this way

takpe la
malas nak pikir
penat lah!

babi gilaa!

Thursday, November 12

lecturer aku mmg takde hati perut!

aku mmg bengang betol la hari ni
tau la mmg dlm timetable - lecture aku hari ni mmg 3 jam
from 4 till 7 pm
slalu nye mmg 2 jam je dah abis
so maksud nye by 6 dah settle la klas ni

tetibe ari ni rajin plakk die nak buat survey la, quiz la, lahanat betol laa
dah la aku period 2nd day
mmg dari pagi aku tak gi toilet
boleh bayang kan tak betapa tak selesa nya aku !?!

pastu plg terbaik - hujan pulakk
haihhh - lagi laa kecut pundi kencing aku
memulas-mulas je perut tempat period tuh
rase nak baling pensel hijau aku kat lecturer aku

ishh benganggg!!

alamak dah azan maghrib
tak baik carut banyak-banyak
takpe la
period pain pun - painn lahhhhhh
hilang dosa kecik akuu

ps : nasib baik tak bocor darah period kena kerusi kat kelas

Sunday, November 8

kisah bulan dan bintang

aku tak punya wajah yg lawa
aku takde rambut selembut sutera
mata aku jugak juling
aku takde kulit yg licin lagi putih melepak
baju dan dressing aku jugak out-dated
i don't have the best attitude
ini kan lagi personality yg menawan

aku tak penah buat ape-ape kat rambut
nak touch up muka lagi laa
kuku pun tak penah cantik

ramai orang yg lagi bagus dari aku
banyak lagi pompuan yg lagi menawan berbanding aku
lagi berlambak orang bijak kat luar sana

tapi aku bersykur - aku adalah aku.

Tuesday, November 3

kuantan best sgt ke?

huhukhuhukk :-S
lepas ni jgn ajak aku gi Pantai Timur Malaysia lah
ngeri sungguh jalan dia
mcm ulaq kena palu
serious - sepanjang jalan aku diam
wtf !?!
tak penah aku diam sepanjang jalan
cuakk weyyyy - tak tipuuuu!

sumpah bunian dah abis :-|

Wednesday, October 14

cerita risik - tunang - kawin

sambil-sambil teman ayah tgk berita
aku blog hoping - sinisana
terjumpa pulak blog cousin-in-law-to-be
ada gambar diorg tunang - yee, aku missed ari tu
sbb aku dah final exam dan makayah pun tak cuti
so aku update la tgk kat facebook dan blog
time kasih kepada dunia teknologi

sama cantik sama padan
scroll lagi - tgk-tgk baru couple 10 bulan!
wahh hebatt
salutee laa!

aku, " ayah, duan baru kawan 10 bulan laa. dah ber-tunang "

ayah, " eleh, ayah kenal mak sebulan jaa. pastu terus tunang - tu pun sebulan ja "

aku, " fuyohhhh, gila hebatt! "

tapi aku pelik la dgn zaman sekarang
tunang pun dah macam nak kawin
siap dgn si lelaki ber-bayu melayu
ber-posing sakan mcm dah sah lakibini
patut-nya, si lelaki tak payah pegi laa time ber-tunang tu
kan dah kurang manis
tapi kalau family tu taktau umah si perempuan
boleh consider laa

ok sambil-sambil aku tulis ni
ayah aku pun ber-cerita laa pasal adat-adat risik, tunang, minang dan segala

firstly, adat merisik
time ni, keluarga si lelaki pegi ke umah si perempuan
tujuan nya ber-tanya khabar and me-risik-risik
either si perempuan ni dah ber-punya atau belom
if belom, family si lelaki akan kasik la satu cincin risik
and bincang-bincang pasal meminang

number dua, adat meminang
lepas si perempuan kena risik
family si lelaki datang lagi
bawak la sikit hantaran
sebagai tangan - takkan nak pi tangan kosong ja
slalu nya time meminang - banyak gunakan buah atau makanan sebagai hantaran
ber-bincang-bincang pasal wang hantaran, tarikh nikah dah segala
bila kedua-dua pihak dah setuju
cincin tunang akan di sarung kan sendirik oleh wakil pihak lelaki
time pinang ni pun, si lelaki tak perlu hadir

last skali adat menikah
time ni - preparation mmg selalu la gempak la
if wang hantaran tak kasik time meminang
time menikah ni la kena langsaikan semua
include la mas kawin mengikut tarif yg di-setuju oleh kedua pihak
selalu nya - minimum ikut negeri laa
kalau nak mas kawin banyak - kawin la kat kedah atau perlis
mas kawin kat sini tinggi - untung si perempuan
hantaran pulak - kena lengkap sepersalinan serba satu
maksud nya kat sini - baju satu, kasut satu, handbag satu, dan apa-apa lagi yg asas
termasuk la sejadah telekung dan al-Quran

tapi di-ingat-kan, semua ni adat melayu saja
itu pun di setengah-setengah negeri saja
yg penting tu akad nikah
lepas je akad nikah
si lelaki dan si perempuan
dah sah jadi lakibini
settle!

kenduri kawin tu - bertujuan untuk bagitau kat org je
yg pasangan ni sebenar nye dah kawin

kalau nak ikut adat, banyak lagiii
aku pun tak brape nak arif sgt
sbb dlm family aku- baru abang je yg dah kawin
ke-banyak-an nye ikut adat perak - sebelah mak aku
malam berinai kecik - malam berinai besar
banyak lagi lah! peningg aku
nnt aku update lagi!



Tuesday, October 13

tiap kali aku geram

aku kat perlis
mmu cuti 2 minggu nih
dah mmg perangai aku
ape aku nak - sume dapat
so bila tak dapat - aku mula nak buat perangai
tapi bila org tanak layan perangai aku
aku rasa sgt la geram

mula la nak;
nangis;
jerit-jerit;
tengking-tengking;
off henpon;
off ym;
off laptop;
lari dari dunia;
dan sebagai nya

tapi kali ni
aku geram
aku off jugak segala
tapi aku nak tukar sikit
tiap kali aku geram
aku nak kemas umah
sepah la sioll umah siniii!!


ohh, aku tgh geram now ni
ok nak kemas rumah
mampos la dah pukul 10 malam skalipun
bye!

kredit to adek aku sbb bagi pinjam laptop dia. laptop aku kan dah off~~~

Sunday, October 11

kaki shopping? shopaholic?

betul ke aku kaki shopping?
tipu ahh tipu ahh
aku benci gi shopping laa
err, tapi kan - aku ada list untuk shopping sebelum bulan 12
takde la byk sgt pun~

1. Nicole Mnj
2. Nike Musique VI Women's Dance Shoe - kaler putih + 7.5 US Size ok? <-- in case ade org nak beli kan
3. Guess Gold
5. Trench coat <-- tapi version nipis dan sesuai untuk Malaysia yg panas
6. Handphone baru <-- dah tiga bulan aku takde henpon
7. Purse baru
8. Beg laptop untuk abang

aku tanya mak aku, "mak, nak beli apa lagi ek?"

mak aku jawab baekk punyee, "beli asam jawa"

haihhh! pressure aku!

Saturday, October 10

sabtu - hari boring

lama gila tak update blog
hamik kauu! *padahal baru 2 minggu weh
mood busy + malas bertahta laa
mesti korg sume dah terlepas byk benda yg happen kat aku
huauahhahahahahahahahhaha *bajet famous sgt la

tanggal 1 october
malang yg tak berbau
hah! sila tatap sendirik gamba di bawah


tatap lah buat pengajaran ye kawan-kawan
ye - mmg salah aku
laju dan tak mengikut peraturan 2 meter jarak di depan
ah mampus aaa!
time eksiden ni - pukul 1.30 ptg
kul 2.30 - aku ade exam quantitative analysis
gila kentang kan aku jawab exam lepas panic eksiden
aku jalan weh dari tempat eksiden - gi exam
gilaaa laaaa! kurus kaki aku

okay - pastu pasal MAS pulak
aku bengang nak mampos laa
MAS zaman sekarang masih guna sistem fax - and meng-haram-kan sistem email?
wtf wey wtf!
ade ke patut suruh aku fax payment slip - instead of email?
die kate, "ohh, sorry miss. kitorg mmg tak guna email lagi utk inquiry"
ape ke bengapp nyee tuuuu T_T

oh lupa la pasal eksiden tu
ye - aku kena saman
atas sebab - gagal mengawal kenderaan
bodoh nye cina - ko tak tau jalan
ko brek tetiba
aku yg gagal kawal kenderaan aku
lepas ni aku nak naik kuda gi campus
siapp aaa!

nasib baik n.f.a
selamat RM300 aku
phewww~

boleh beli kasut! hahahahahahhahahahahahaa!

Tuesday, September 29

tak tau la ape pasal

mood nak blogging hilang terus
ni pun aku paksa jee.

Tuesday, September 22

hadiah hari raya

penat weh ber-hari raya
yaa laaa, dua tahun ok aku tak beraya dgn family di malaysia
walaupun tak study abroad - masih takleh beraya di malaysia
bangga tak?

ok poyo!

lepas penat melayan budak-budak kecit
yg datang umah aku
sambil bagi salam - pastu kluar ayat mcm ni,

"kami takmau masuk, kami mai nak beraya sajaa."

jadi aku pun buat-buat paham laa, kasik duit raya
lalu diorg pun chow ke umah sbelah pulak
hampeh, penat aku mop lantai umah namblas kali
tukar langsir baru
kemas meja makan
cuci kerusi + meja + cermin + almari kerawang mak aku
tiga hari tiga malam tauu baru abis

sia-sia!

oh ohh aku bukak facebook hari raya kedua
ada surprise


ayah dah ada facebook siutt!

Wednesday, September 16

aku bakal drive 6 jam tanpa henti

hari ni dah nak balik kampung - yeyyyyyyy!! *lompatlompat
aku ade klas lagi sbenar nye
dan satu final presentation hari jumaat
tapi aku ponteng - dgn kebenaran lecturer!

hahahahahahahahahah gelak syokk!

Friday, September 11

hari last aku tak puasa

mmg hari ni penuh dgn - sumpah seranah, maki hamun, cabai dan segala
bengang aku
selama aku duk di kajang ni
tak penah pun aku bayar parking kalau takat 5 langkah dari kedai/bank
hari ni - aku mcm biasa
parking keta, dan terus choww masuk kedai buku
borak-borak dgn mak aku bagaiii
skali kluar kedai . . .



dapat surat cintaaa!
speech-less aku
jakun gila tgk kertas tuh
babi ahhhh!

Tuesday, September 8

hari ni aku tak puasa!

pukul 2 petang tadi
tgh men-drive balik ke kajang
tepon ber-bunyi

"hello? knape?"
"macam mane nak gi cheras batu 3?"
"eh mana i tauu batu-batu nih. nama tempat tu ape?"
"bandar tasik permaisuri"
"ohh, tempat kite amik fatin bla bla bla bla"
"ok ok"

4 minit kemudian - tepon bunyik lagi

"hello?"
"i dah kat ekonsave ni"
"dah jauh tu. patah balikk!"
"ok. pastu kat roundabout ni belok mane?"
"u baca la signboard, carik hukm"
"alaa u nii, i dah belok kiri!"


ehh, aku jugak ke yg salah?
langgar lori kat depan aku ni kanggg!!

Monday, September 7

buat keja - hari cuti

syokk gilaa hari isnin minggu nih
mmg aku di-timpa nasib yang amat ber-tuah gilaa
hari isnin cuti - kelas aku yg pack gila - cuti la jugakk
isnin di bulan ramadhan - aku tak puasa!
lagi laaa ber-tambah-tambah syok nyaa
lompat-lompat aku kat rumah sbb takyah puasa

mak aku pun ajak la gi bank nak settle kan payment rumah segala
aku nih dah la taktau sgt jalan kl tu
taramm ja lahh!

abg aku pesan "heh, lepas plaza pheonix tu, semua kerja dahh!"

cun sgt
aku pun mmg ada hal nak pegi cimb nih
niat di hati nak pegi ampang
aku tau cimb ampang kat manaa!

skali dah lalu cheras
nampak cimb!!
zappppp - mak aku slamber belok masuk simpang taman cheras terus
hotaii wehh mak aku bawak keta kat kl
aku pun bawak slow mcm siput

dah settle kat cimb - di mana aku ter-paksa pinjam duit mak aku
kena pi maybank pulak - nak ganti duit balik
skali kad atm aku plak ghosakkk kat situu
bengangg kejap
eh tapi takpe, opis maybank bukak lah
terus - zasss - buat kad baru kat situu jugakkk

mak aku pun tanya la kat akak tu, "dik, AM Bank kat mana?"

akak tu jawab, " hmm, taman midah ade kot:

aku, "oo ok ok. tau tau"

hamikk kauu. taman midah kat mane?
mak aku cakap, dia penah gi situ
dolu-dolu laaa
zaman rambut ala-ala Saloma dulu
highway pun takdak lagii

pastu sesatt!
padan muka kamii
terus pusingg naik highway
ikut je signboard > Putrajaya

lupa pulak kat alamanda ada AMBank~

Thursday, August 27

buat aku men-carut di bulan mulia

cerita ni ber-laku time aku on the way ke kelas
location kat exit nak masuk Cyberjaya

lagi 100m nak exit, aku pun kasik la signal nak gi kiri
memandang kan aku kat lane tengah
pastu ada satu keta iswara cibai ni - die kat lane paling kiri
dan-dan tu jugak nak memotong
maksud nye - die nak masuk lane aku la
time tu keta aku and keta dia - se-iring
aku pun hon la sambil maki-maki dalam hati
ye laa - almost ber-langgar kott!

pastu time nak selekoh maut tu
dia ikut keta aku rapat gila babi
sesudah selekoh tu
dia dok se-iring ngan aku pulak
abis keta blakang dia hon hon
sebab dia nak se-iring ngan aku
aku pun dengan blank dan marah nya
pandang la kat keta tu

"huh! laki botak, muka tak ensem, keta buruk!" aku kata dalam hati

sejurus lepas tu - dia terus angkat tepon dia
buat gaya nak mintak number tepon aku

lagi laaa aku benganggg!
kau dah nak langgar keta aku
boleh lagi nak mintak number tepon aku la kann??
dah la keta blakang hon honn!
bodoh punya jantann!
bila aku nak belok kanan - dia lagi la himpit keta akuu
siap bukak tingkap nak mintak number tepon akuu
lahanattt punya lakii
tak sedar diri tak hensemm!

ish bengang gilaaa!

Saturday, August 22

aku benci budak kecik

time bulan posa mcm ni
aku dah mula rasa meluat dgn budak-budak kecik
jam kat pc aku baru pukul 4 ptg
tapi aku dah bau udang goreng tepong

siot aaa!

Saturday, August 15

gempa bunyi di midvalley

re-union tkc0105 kat mid valley
mau gegar satu midvalley dgn suara kitorg
bising tak ingat

aku dgn lynn naik satu keta - kitorg sampai plg awal
lann, jett and rosm datang same-same
aku slamber sound diorg
bila nayd cakap - diorg on the way - 3 bijik keta

"nnt org yg dok keliling kita, confirm lari"

se-sampai nye 3 bijik keta; di-naiki oleh
alot, heq, nayd, keker, shana, miok, macy, najat, izni
err sape lagi? sumpah lupe
sumorg yg dok keliling kitorg lari
mmg bising
kalau aku jadi manager situ
aku halau sumorg!

hahahahahahhahahahahahahhaahahahaaa!

dah tu, panggil waiter banyak kali
total makan; RM180
mcm tak logik
nampak sangat borak lagi banyak dari makan

after tu - aku bantai subway dgn yg ter-sayang
ingat takde expense - skali melayang RM120
ter-goda dgn MegaSale
pfft!

ps : gamba update later, penat lah

Saturday, August 8

kemarok :)



sumpah me-luat!
tapi layan kan aje
convo sekali se-umor idup time degree
kesian tgk org kemarok ni

malam ni - mesti die tido pelok topi tuh
heh!


anyway,

CONGRATULATIONS!

love lovee muchh!

Monday, August 3

makin tua, makin seksi; sumpah!

esok birthday mak aku
memandang kan esok ber-mula lah perjalanan balik ke kajang
so, celebrate malam ni lah
dengan ayah and adik aku
ber-serta jiran rumah tetangga kat perlis ni

mak aku sungguh menye-poil-kan surprise aku ni
aku penat-penat set up time maghrib
sbb aku tau - lepas semayang, mesti dia nak baca Quran
tetiba kluar bilik dgn towel - mmg dah niat nak spoil
suruh aku amik baju dia
ahhh, rosak semua plan aku bila dia dah nampak kek sebesar-besar kek atas meja yg betol-betol depan pintu bilik dia
hhhaaaiiissshhhhhh!!
rosakk!!

tension akuu T_T


ni lah kek yg menye-poil-kan malam nih. grr!

nasib baik ayah aku cukup cool untuk buat adegan ni even ramai-ramai yg datang malam ni. atau ayah aku mmg tak malu mcm entry yg sbelum ni aku crita?

ohh - aku seperti biasa, mesti rambut basah-basah lepas mandi. tu pun lepas kena jerit-jerit ngan mak aku.

dari kiri; cik syam - 8 august, mak aku - 4 august, cik ida ( mak yanti ) - 4 august.

oh adegan suap menyuap. yanti tgk ni mesti jeles. heh!


Saturday, August 1

air melimpah kluar

aku baru dapat idea nak update blog
pruakk pruakkk *bunyi air melimpah kluar dari kolah
terus hilang sume idea aku
bengangg betol.

aku mula perasan
bagi aku - ber-sikap open tu dah mengalir dalam darah daging dan DNA aku
aku suka-suka cakap babi, pantek, dan sebagai nya tanpa segan silu
depan orang-orang yg aku rapat

abang aku boleh tayang-tayang punggung dia kat aku
kulit muka dia tebal mcm tayar lori
tak rasa segan langsung

makayah aku boleh buat adegan-adegan tak sepatut nya depan aku dan adik
tanpa suruh aku tutup mata - mcm tgk cite omputih time aku kecik-kecik dulu
lagi-lagi part kissing melampau atas katil

aku pulak boleh dok tayang peha aku yg putih melepak kat ayah aku
ayah aku sound direct sambil pakai kopiah lepas smayang maghrib
"eeii,, tak malu sungguh anak dara aku sorg ni. angkat lagi skit kain tu"

so, mmg betol la - perangai tak malu dan tak senonoh aku mmg dah wujud dalam family aku nih

oh sebelum aku lupa
4 august ni birthday mak aku
takde idea sungguh
tolong aku! idea pls!

Monday, July 27

"butterfly, butterfly, butterfly fly away"

sumpah bosan dgn playlist aku
rasa nak muntah
sampai bila nih nak dengar ost hannah montana ni?

aku nak dengar lagu baru lah
baru bagi aku; bukan yang panas dari oven
paham?

sila tinggal kan tajuk lagu dan artis di ruang komen

thank you!

Sunday, July 19

tak suka flash cs4!


video

aku benci bila assignment aku huduh mcm ni
heh!

Wednesday, July 15

keamanan satu dunia.

aku rasa aku takmo pakai henpon lah
buat masa sebulan nih
macam best ah takde henpon
sumorg takyah sebuk nak call aku
aku sukaa!

jom lari dari duniaa!


Tuesday, July 14

pagi hari yg pilu lagi sedih

kau adalah segala nya buat aku

kau sentiasa ada di sisi aku
tak kesah la, masa sedih, masa happy

bila aku boring
kau ade je cara nak happy kan aku
main game same-same
kau nyanyi kan aku lagu

ingat lagi tak, bila dalam kelas yg boring
kite slalu main-main amik gambar :(
pastu, mmg between kita takde rahsia kan?

kau diam je bila aku call makayah aku
kau jugak yg pertama tau bila tiba tarikh-tarikh penting dalam hidup aku
malah, kau jugak yg slalu ingat kan aku kalau aku ter-lupa

tapi, sekarang ko dah sakit
aku pun tak pasti ko sakit ape
kejap lagi kita pegi check ok?

Tuesday, July 7

yes; you complete me




i promise;

i'll hold you tight
i'll stick to you
i'll learn how to love you
i'll be patient
i'll go no where


Thursday, July 2

reality forms around a commitment


When you make a commitment to a relationship, you invest your attention and energy in it more profoundly because you now experience ownership of that relationship.


Monday, June 29

urge of writing

ahh, rasa lama gilaa tak blogging
so many things happen
tapi serious-ly
dunno how to put into words
ada happy
ada sedih
ada pressure
ada penat

sem kali ni gonna be hectic nak mampos
esp monday - kelas straight from 9 am till 6 pm
pastu balik - kena face traffic pulak
sampai rumah around 6.45 pm
seriously penat
ok - so - taknak lah cite pasal nih

now ni - aku just wonder
patut ke aku hold life aku now
atas reason - i don't know how to act
and i really don't where we both leading towards?

kang kalau aku hold - tetibe takde effect apa-apa *crush
buat sakit ati je

urrghhh! malas la nak pikir
just nak doa - so every thing goes well

nak amal kan surah Yusuf; ayat 4 - ayat ni untuk doa pengasih
so that bila orang pandang kita - dia akan jatuh kasih
even bukan sayang pun - just untuk sedap mata memandang pun jadi lah

hee! tak salah kan kita doa kan untuk benda-benda baik macam ni?

atau pun; surah Yasin; ayat 36 - ini untuk doa cepat jodoh
tapi kan - kalau dah jodoh; tak kan ke mana kan?


Friday, June 19

21 June : Selamat Hari Bapa,

Ayah,
itulah panggilan keramat aku kepada bapak aku
kehebatan ayah tiadalah tandingannya *ecewahhh
sebut saja ayah apa yang tak kena
ayah mesti ada jalan penyelesaian

katil patah?
kereta rosak?
handphone masuk air?
demam campak?
nak makan bubur?
nak air tin?
semua settle!

hebat kan ayah aku?
kalau aku, mesti gelabah abis

ayah selalunya tegas dan penuh disiplin
polis lah kata kan
dalam banyak hal ayah lah kata pemutus
dia cakap - takyah gi berlin oktober ni
so, bye bye berlin *sobsob

ayah jarang tunjuk secara zahir sayangnya pada anak
tapi yang betolnya
ayah sayang gila kat semua anak nya
especially aku :D

ayah tak banyak cakap
tapi banyak tindakan
ayah banyak ajar aku
melalui perbuatan and gerak geri
ayah juga banyak guna bahasa badan
sampai aku kena interpret sendiri -_-

***
ingat lagi, tanggal 1 january 2008
aku kena lapor diri kat kem khidmat negara
tak jauh pun dari umah aku
tapi aku demam
mmg penat sgt and malas nak pegi
so, aku nangis taknak pegi
tapi nak buat macam mana
kena pegi jugak T_T

dah pegi, aku mmg nangis mcm budak kecik
mak aku lah yg tenang kan aku
konon nya umah aku dekat - boleh visit tiap-tiap ari
pastu, ayah dah hilang
mak pun balik sbb aku dah kena masuk bilik

petang tu, aku call ayah aku

ayah : hello?
aku : hello..ayah.. *sobsob
ayah : haa kakak. awat?
aku : tadi pasai pa ayah balik dulu?
aku : ayah tak cakap bye bye pun kat kakak :(
ayah : laa. kakak dah makan ke belom ni?
ayah : kakak nangis
ayah : kalau ayah stay lama-lama kat situ
ayah : ayah pun sedih - nnt ayah pun nangis jugak
ayah : kakak jgn la nangis-nangis
ayah : ayah sedih
aku : laa ish. ok la. bye
ayah : haa? dah nak bye?
aku : ya la. sat lagi kakak nangis lagi.
ayah : ok ok bye

sweet kan ayah aku?
itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah!

and baru-baru ni
ayah kerja dari 8 pagi - sampai 8 malam
aku tau dia penat
tapi sebelum dia tidoyang sbenar nye dah tido
aku gi masuk bilik
dan cium-cium muka ayah aku
dia hanya kaku dan diam
bila aku kluar
aku terdengar mak aku cakap dgn ayah aku

"ayah ni, anak buat apa pun, diam je"

heh! aku tau - aku anak manja

***
sempena hari bapa pada 21 june ni
kakak mengucap kan 'Selamat Hari Bapa' kepada ayah, EN MUSA AWANG
banyak sgt ayah dah korban untuk kakak
thank you for everything
and for anything i hurt you
kakak mintak maaf dari ujung rambut
sampai lah ujung kaki
apa yg ayah dah buat selama 21 tahun ni
mmg tak kan dapat dibalas dgn duit
mahupun apa saja dlm dunia ni
terima kasih! kakak sayang ayahh!

sorry, gamba agak tidak sopan

Friday, June 12

takat 30, tak heran la nadira

nadira tak puas hati sebab aku cuti lama
heh! nak tag konon, takat 30 soklan
buat 30 saat je *eh over

here goes;

1.Bekas kekasih saya adalah:
: bekas kekasih lah. nak apa lagi? nama? sila private msg. hahahaha!

2.Saya sedang mendengar:
: keletak keletuk *bunyi taip keyboard

3.Mungkin saya patut:
: ber-henti men-cuba

4.Saya suka:
: dia? kaler merah? bangun lambat? *ops, kantoi

5.Sahabat-sahabat baik saya:
: mungkin taktau yg mereka tu aku anggap sahabat baik

6.Saya tak paham:
: macam mana makayah boleh tido awal gilaa. ish. boring.

7.Saya kehilangan:
: masa - di kala buat tag ni, walaupun mmg takde buat ape pun now ni

8.Ada yang berkata:
: aku ni sombong? biar betol!

9.Makna nama saya:
: cahaya ke-gembira-an. sbb tu la aku happy je slalu. eh nangis pun slalu jugak.

10.Cinta itu adalah:
: kadang-kadang tak jumpa jalan *translation lagi sedap - love doesn't always find the way

11.Di suatu tempat,seseorang sedang:
: nyenyak tido, tapi tak off ym, buat aku rasa geram! nak chat tapi tak boleh. ish. dah la tak idle.

12.Saya akan cuba:
: turun kan berat bila dah balik cyber. haha!

13.Ayat selamanya membawa maksud:
: heh? tak paham soalan? nak sinonim ke? sorry, takde kamus.

14.Telefon bimbit saya:
: ntah kat mana, bukan ada org nak call pun tgh malam

15.Bila saya terjaga dari tidur:
: mula glabah tgk kiri-kanan, pastu carik handphone

16.Saya paling tak suka apabila:
: dah janji, tapi tanak buat. kalau rasa takleh buat, jgn buat janji at first!

17.Pesta/Parti adalah:
: buang masa; baik pegi zoo/aquaria/pusat sains/planetarium

18.Haiwan paling comel yang kamu pernah jumpa:
: heh! aku benci binatang

19.Peringkat umur yng paling menyeronokkan bagi saya adalah:
: 20-an. aku boleh gi mana-mana yg aku nak, cuma tak cukup duit je.

20.Hari ini:
: makan kfc lagi. 3 days in a row. ish - mana tak gain weight.

21.Malam ini saya akan:
: gi jalan-jalan! weehuuu!

22.Esok pula saya akan:
: dah sampai kat destinasi percutian. bye bye korg!

23.Saya betul-betul inginkan:
: kawin! cepat la masa.

24.Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini:
: heh! aku tau aku comel

25.Pusat membeli belah atau arked permainan:
: tak kesah mana-mana, asal kan ada si dia

26.Makanan barat atau jepun:
: depends; sushi layan jugak

27.Bilik yang terang atau gelap.
: gelap; baru leh gesel-gesel. hahaha!

28.Makanan segera adalah:
: mahal nak mampos; tapi puas hati; kadang-kadang boring jugak

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
: eh nak tido dah? oke gdnitee!

30.Siapa yang anda nak tag
: ecah
: putQ

apesal dlm tag ni, ayat sume nak skema? saya? wtf!

Monday, June 8

grape atau blackcurrent?

heh! tgh hari tadi ayah aku call
tanya - nak anything ke?
so aku cakap, nak air tin grape
eh silap sbenar nye
aku nak air tin blackcurrent 
yg ada nata de coco kat dalam tu

balik umah - ayah aku mcm biasa
masuk bilik aku - lepaklepak
pastu tetibe - dia kluar bilik
aku dengar - mcm bunyi tin yg baru bukak
aku lari-lari kluar bilik

nampak air yg aku pesan!
yayy! *lompatlompat

ayah aku minum sikit
adik aku minum sikit
tinggal sikit je lagi untuk aku

-_-   ayah kejam
ada ke beli satu tin je?
tak patut sungguh! huh!

Tuesday, June 2

MH 1252

korang penah tgk tak
kapal terbang bocor sebab hujan?
bodoh kan?

nasib baik bukan seat aku
kalau tak, MAS kena beli kan aku sluar baru
pfft!

Sunday, May 31

chickenpox chickenchop, heh! aku manja, aku tau -_-

demam aku dah kurang
mungkin sebab aku makan ubat secara konsisten?
sebab nya?
mungkin aku dok sorang-sorang
kalau kat umah, makayah aku jaga
aku mula mengada-ngada takmo makan ubat
heh! aku kan anak manja

tetibe craving nak makan pizza hut
macam mane ni?

updated :

bodo sial worker kat pizza hut tesco kajang
bengang aku
nasib baik aku tgh demam
kalau tak, mmg makan maki hamun la jawab nye

aku mintak refill air
setengah jam baru dapat

aku mintak tabasco sos
dia kasik tomata sos

aku makan sume RM40.50
aku kasik RM51.00
die nak kasik aku balik RM1 tu

ape bengap sangat workers kat sini? -_-

Saturday, May 30

sakit

penulis di jangkiti chickenpox
atau dalam kata lain nye - demam campak
mmg rasa nak campak-campak je now ni
siot aa!
pedih T_T

Friday, May 29

gatal-gatal, pedih, penat

haihh - final exam dah abis
bersawang jugak blog aku ni
sebaik je abis paper aku, ronggeng mcm haram itu ada lah perlu
sume movie yg best - sume aku dah tgk
kecuali alien vs monster :-|
sesape yg dah dok kasik harapan nak tgk cite tu same-same - sila take note

tapi yg aku pelik nye, apepasal kaki aku macam ade gatal-gatal ni?
belakang peha aku?
ade tiga bintit merah - dua sbelah kanan, satu sbelah kiri
pelik tak?

pastu - mata aku pun sakit
pedih gilaa sampai berair-air
aku dah gi farmasi - dapat antibiotic
benci sungguh
kencing pun bau ubat
pfft!

penat pun melebih-lebih ari ni
padahal bukan ade buat ape pun
aku gi SSP pagi td - tengok english debate
petang plak aku gi nyebuk kat SAS - tengok basketball koleq
balik singgah Ummi - ade orang blanje makan
aku pun tak kenal sape budak tu :-|
tapi best kan macam tu?

Friday, May 22

tak patut

esok aku nak exam
killer paper - financial management
hari ni plak period pain
mmg sgt sgt tak kena pada masa
pfftt!

macam mana ni?
susah nye nak study mcm ni
sakit nye perut

nak guling-guling
nak golek-golek
nak baring-baring

abis bila nak study ni? T_T



ps : HAPPY 22th BIRTHDAY SAYANG! LOVE YOU!

Sunday, May 17

OMG! OMG!

aku baru lepas tgk AF7
menarik kan?
aku tak penah minat cite cite mcm tu
pe jadah nye
tetibe aku sangkut bila aku tgk aril nyanyi
heh! drooling ok

pastu malam ni final
nak sgt aril menang
tapi kan, time tgk AF, tergoda jugak ngan akim
pfft!

tapi yg sgt takleh blah
sila rujuk gamba yg sgt memutar bijik mata aku
kat bawah ni







benci kan tgk?
dah la aril dapat 2nd
benci sgt sgt
tapi kan, takpe
sbb tgk AF yg lepas, champion sunyi je
yg dapat 2nd 3rd yg hebat dan menonjol
so aril, jangan down ok?

ps : i syg u. byk mcm pasir, tak larat nak kira kan?

Saturday, May 9

AWAS! Entry lucah & Pink untuk gay

lepas aku study tak hingat
aku mula tutup buku - on ym

borak punye borak
skali jadi macam ni

nuRuL .: blagak pulak die
nuRuL .: pukul kang
mediator28: try la
mediator28: cunit kang
mediator28: hoho
mediator28: *cubit
nuRuL .: cunit tu ape?
nuRuL .:  B-)
mediator28: hahaha
mediator28: cunit
mediator28: hahah
nuRuL .: cunittt
nuRuL .: :))
mediator28: lawak gak
nuRuL .: bodo laaa
mediator28: cam lucah je bunyik
mediator28: hahaha
nuRuL .: agak aa
nuRuL .: mcm cubit kunik
nuRuL .: :))
mediator28: hahaha
mediator28: bodos
nuRuL .: nak mamposss
nuRuL .: adoi penat gelak
nuRuL .: cunit
nuRuL .: mcm sial laaaa
nuRuL .: =))
mediator28: hahahah
mediator28: suke u ehhh
nuRuL .: hadoi hdoi
nuRuL .: tarik napas tarik napas
nuRuL .: penat penat
nuRuL .:  :D :D
mediator28: hahahha
mediator28: cubit cunit u kang

eh? aku pulak ade cunik ke? :-|

Friday, May 8

i need time to heal

sempena post yg ke 100
aku emosional!

yes, i really need time to heal
and still hoping

but i'll try to move on
thank you for everything!

Tuesday, May 5

bengap sangat ke aku ni?

aku baru siap buat assignment financial management aku
assignment yang ketiga! banyak gilaaa nak mampos mamposs
penat kpala otak akupadahal aku tgk contoh, then apply je, takde penat mana pun
pastu tiba la masa nya utk aku softcopy kan calculation and graph yang aku dah buat atas ketas A4

semangat nih nak buat
skali - :-| aku tak reti buat graph
macam mana ni?
esok dah kena submit
bodo nya ms word
apesal ko complicated sangat

aku try enter data
terus line-line kat graph tu jadi flat
apa bodo sgt graph kat ms word ni
ke aku yang bengap bengap tak reti guna ms word?
babi laa


aku fed up
aaAAAaAArRrRrGGGggGGhHhhHHHHhhHhh!
babi laa weyyyy!
aku tak retiii

pastu, aku amik jalan mudah
Start > Adobe > Adobe Illustrator
heh! siap pun
lawa plak tu
aku tak heran laa ms word!
illustrator lagi best dari nko!
gi mati!

Thursday, April 30

dari beijing dari jakarta

oii sakit leher tak abis lagi laa
hiks-hiks-hiks
tgk la title! tgk la title!
aku dapat hadiah weh
satu dari beijing
satu dari jakarta
tapi kan, tapi kan
dua-dua pun t-shirt
grr!

satu kaler hitam
satu kaler merah


dua-dua orang pun tak cabut price tag
nak hint-hint aku ke tu?
ke memang sengal terlupe nak cabut?
ish ish ish
takpa takpa
thank you very much to both of you!

wuuuweeeeeee!
ps : korang mesti jeles kan?

Wednesday, April 29

sembilan sembilan sembilan

urghh!! aaahhHhhHHhh! 
tension nya akuu
sakit leher oke
nak pusing kiri kanan pun tak boleh
nak angkat tangan pun sakit

dah sapu yokoyoko 4 kali dah
apesal takde efek ni
dah macam robot dah
nak pandang kiri - kena pusing satu badan
pfft!

nak baring pun macam nenek tua
kena step by step
kalau baring terus *paappp - leher terpatah
urgh! sakit weh

tolong tolongg!

Saturday, April 25

write rapidly in a trivial way guys!

title yg mcm gempak
tapi takde ape sgt pun
aku just nak bagi tau korg
aku baru buat twitter account!

              http://twitter.com/nurul8z

hahahahahahhahaha!

diam ahh - aku tau aku out-dated
biar aa weyy
bak kate pepatah,

               saya budak baru belajar
               kalau salah tolong tunjuk kan


financial seminar ari ni
dari pagi sampai petang oke
respon - best
two thumbs up!
gamba upload later
heh - penat

*edited part
ni sume gamba time lunch break
aku ni kan pemalu
segan lah nak amik gamba time org ramai








Thursday, April 23

korang ada ke?



hari ni kat blog ni ada 2 tetamu istimewa
sorang dari ipoh
sorang dari shanghai
heh, nampak sangat feedjit ni pembohong

tapi kan, korang ade ke?

ps : sapa la yg dok ipoh and shanghai ni. mesti cina.

advice aku weh


walaupun aku bahagia
tapi sedikit kekecewaan di akhir hari aku
mula rasa fed up
and start nak give up

patut ke?

Sunday, April 19

free entertainer


nureen ade entertainer baru
*gelak guling-guling

aku minah rempit!

*pheww

ari ni aku mmg dah pasang niat
nak gi carik shirt kaler kuning - striking gila
oleh sbb hari ni ari ahad
aku dah boleh bajet - mesti ramai nak mampos org
dan jalan mesti jem tahap tabung lembu aku yg penoh dgn duit
jadi aku pun paksa adik aku bawak aku
naik motor

kami pun gi la metro kajang - parkson
aku pun jalan-jalan carik baju
skali - untung kat aku - baju diskaun 50%
walaupun still mahal, ahh - aku kena pakai kaler kuning gak
aku pun cuba - try - test
pastu bayar terus - sbb aku dah lenguh nak jalan-jalan

lepas tu - time nak kluar
hujan lebat tahap suria perkasa itam
aku pun dok lah kat tebing-tebing tu mcm minah rempit
sambil tunggu hujan stop
pastu aku buat deal ngan adik aku

"kalau ade motor lalu depan kite 5 bijik, kite slamber balik dlm ujan"

tapi belom sempat 5 bijik pun
adik dah ajak aku balik
slamber je - dgn baju putih simpson aku
redah hujan
first time beb!

Thursday, April 16

aku tak suka lah

jumaat - sabtu - ahad - isnin
panjang gila cuti aku tiap-tiap minggu
apa aku nak buat sepanjang hujung minggu ni untuk tiap-tiap minggu ni wey?

nak shopping - duit takdak
nak picnic - takdak geng
nak balik - ayah aku tak bagi
nak tido - dah muak aku tido

ah bosan!

Sunday, April 12

wild party babyy!

aku admit - aku sangat lah manja dgn ayah aku
aku ingat lagi - di zaman sekolah, ayah aku nak aku balik rumah tiap-tiap bulan
almaklum lah - dalam family, aku sorang ja yg suka bercakap banyak
and aku sorang saja lah anak perempuan beliau
tiap-tiap bulan, dia pegi out-station kat putrajaya
tak lupa visit aku nun jauh kat seremban
struggle oo nak visit aku
putrajaya - seremban bukan la dekat pun

tak cukup di high school - masuk university
ayah aku pun asyik bertanya - bila cuti penggal?
aku tau - ayah aku nak aku balik ke rumah sekerap yang boleh
lagi-lagi sekarang dia sudah kurang ber-out-station
jadi nya - dia kurang lah melawat aku
tapi kalau dia pegi putrajaya
tak lupa punye datang visit aku

ingat lagi - time tu pukul 8 pagi
aku belom bangun
dia sanggup - ajak aku breakfast kat precint 8
and tak kasik aku mandi
atas alasan - nanti kurang la time dia nak spend ngan aku
huahahahahhahaha!

malam semalam - aku telepon ayah aku
ya, rutin aku tiap-tiap hari
mesti aku bercakap ngan makayah aku
lepas tu - coversation adalah seperti berikut

aku : kakak ingat la kan
aku : weekend satu lagi
aku : kakak nak balik perlis lah
ayah : nak buat apa?
aku : saja - dah lama tak balik
aku : cuti midterm ari tu pun kita pi pangkor ja
aku : mana ada kakak balik perlis
ayah : alaa, takpa - jumpa ayah jugak kat sana
aku : tapi kakak nak balik perlis
aku : nak tido dalam bilik kakak
aku : nak hirup udara segar
aku : nak buat macam-macam
ayah : ish, tak payah la balik
ayah : dok sana diam-diam
ayah : membazir ja balik
ayah : bukan cuti lama pun
aku : hmm, ok

apesal la ayah aku iya-iya sangat tak bagi aku balik ni
aku wonder - dia buat wild party kat rumah ka?


Friday, April 10

stalk stalk stalk!

aku bosan
assignment finance dah siap hebat kan aku? buat sorg-sorg je
jadi aku tak tau nak buat ape dah
aku stalk orang - kawankawan aku jugak la
bukan nya orang luar
fuyohh!

aku kagum ahh dgn kawan-kawan aku
lama tak dengar cite
skali bila dah dengar
aku rasa menyampah, benci, semua ada
aku harap-harap, dia tak pasang tracker
so dia tak kan tau yang aku stalk dia
from page mana aku datang
ke page mana aku pegi
berapa lama aku kat page tu

makin lama, makin menyampah! aku nak stalk sapa pulak lepas ni?

padan muka hang!

dalam kedinginan pagi jumaat
aku takde kelas

*boleh la bangun lambat*

skali - kul 7 lebih, pintu bilik aku dah dibuka
pfft!


terbantut lagi aku nak bangun lambat hari ni

padan muka hang nureen
kena tojeh tojeh kpala
sapa suruh kacau aku tido
ah! aku geram

Thursday, April 9

sape tuan punya blog ni?

aku bosan malam ni
jadi aku usha la feedjit kat blog aku nih
aku ade perasan
banyak kali jugak - entry click from blog org lain
tapi masalah nya malam ni
ada satu blog ni
aku taktau sape punye blog
dah la takleh masuk
invited readers only
pfft!

sape tuan punya blog ni? 


sape-sape yg dtg from blog tu
sila tinggal kan komen anda
atau pun sila email terus kepada penulis - n.farhana68 [ at ] gmail.com

sekian, terima kasih

Monday, April 6

korang penah rasa tak macam ni?

kenapa kadang-kadang ada orang yg merasakan dia bertepuk sebelah tangan?
walaupun hakikat nye tak
that's why si dia takut utk me-response balik

usually, bila rasa macam tu - mula lah macam-macam soalan yg nak di tanya kan kepada si dia
berunsur jeleousy, curiousity, and conversation mesti nak yg sedih pilu tusuk jiwa raga
pfft!

actually, this can make thing worst!
and seterus nya, menghancurkan relationship yg sebenar nya berpotensi tu

adakah someone tu bertepuk sebelah tangan - when si dia which she/he likes, jawab telefon or reply sms , nothing about that 'someone'
she/he must pretty sad sebab diorg rasa macam tak dihargai and tak pernah cukup untuk si dia

tapi kadang-kadang, tindakan tu bagus jugak
membuat kan kita rasa kita tak cukup bagus untuk si dia
and akan try lebih baik untuk menjadi lebih bagus untuk membuatkan si dia bahagia
yang secara tak langsung nya - membuat kan hati kita berbunga-bungaa!

ps : as for me, in a relationship, it's not what we get, it's actually what we give. i give u all of me.
pss : bila hati aku nak berbunga-bunga nih! *sighs*

Thursday, April 2

*sighs*

aku benci macroeconomics!

ps:imy =)

Saturday, March 28

honda accord vs bmw m5

malam semalam kakak ipar aku nak balik melaka
nak anta roadtax keta kat mak dia
disebabkan roadtax keta siap dlm kul 6 lebih macam tu
abang aku tak bagi dia drive balik
so, abang aku hantar naik keta keja - honda accord 2.4cc v-tec

dalam kul 7.30 kami bergerak dari kajang
ikut highway lekas - abang aku kata plus confirm jam
mmg laju tahap keta f1 aa
sampai seremban, tukar masuk plus balik

tetiba ada satu bmw 5 series ni dok high beem
skali abang aku pun bagi la jalan kat dia
skali dia slow pulak - abang aku mmg terbakauu laaa
siap cucuk-cucuk bmw tu tahap 5 cm ja jarak
aku dah cuak

pastu abang aku dengan bangga nya
"heh! hang tu bmw 2.5 ja, aku honda 2.4 siap v-tec ok? jgn dok melawan. dok kat belakang tu senyap-senyap, bau la asap honda ni"
aku pun senyum bangga!

Thursday, March 26

cuti-cuti di hutan

ye, aku bercuti di damai laut
konon nye pangkor
tapi tak, seberang sini
bukan di pulau
tapi ape aku kesah
aku bukan nye suka pantai pun
panas lah
aku lega sebab now ni aku dah kat rumah
hehh!

Saturday, March 21

sibuk

penulis sedang sibuk bekerja
ye, mmu cuti
jadi di kesempatan ini
aku keja kat sunburst

maka nya, nak buat kamu sekalian jeles
nah amik gambar ni


ohh-ohh! giring, sedap oohh suara live die. serak-serak basah gituu
at first aku tak tau sape die, dah lepas amik gamba baru tau - ooo, ni ke lead korn. gile aa weyy
with micheal, nidji's manager
aku saja nak kasik korg dengki ngan aku



Tuesday, March 17

mencium teman sekerja

haa, di kala korang bosan-bosan
meh la join aku main game flash bangang ni
aku jumpa kat mane pun dah lupe

cara-cara nak main
.klik kat perkataan jepun bawah sebelah kiri untuk baca peraturan dietu pun kalau korg paham tulisan jepun
.klik kat perkataan jepun bawah sebelah kanan untuk terus main
.korg kena pastikan bos itu memusingkan badan dan menjawab telefon
.dan korg boleh mencium teman sekerja selama yg korg mahu
.hold left klik utk cium lama-lama


ps : aku tak bertanggungjawab kalau korg kena buang kerja tatkala bermain game ni

Monday, March 16

dah 5 semester

hari ni aku gi FCMfaculty of creative multimedia building setelah 5 semester tinggalkan
aku gi nak jumpa foundation coordinator regarding art market 2009
*sigh* bosan aku, jumpe je mr hanafiah - mesti takde lain - art market je

time aku jalan-jalan from stad ke fcm, tetibe mcm ada air kat kepala aku
aku pun dongak la - uish ujan ke? tapi matahari ni terik je
sekali rupe nye, bocor - macam aram
abis rambut aku yg baru lepas dishampoo dgn sunsilk ijau
ciscis

pastu nak gi bilik mr hanafiah - tingkat 3
tekan butang lif tu 
tingg *bunyi lif sampai*
skali bukak je pintu lif - keadaan dlm lif tu mmg macam aram
aku dah cuakv- patut ke aku masuk
blasah je laaa~
time nak tutup pintu pun - dah bunyi mcm kongg kangg kongg kangg
teruk nye fcm!

dah jumpe mr hanafiah - borak bla bla bla bla
nak balik -  tunggu lif lagi
mcm aram - lama gilaa nak tunggu lif naik
taik sunggoh
masuk je lif - lif pun gerak turun - kokekut kekukot *bunyi lif*
bukak je pintu lif - ada budak junior kat pintu lif tu
die jerit - COME TO ME BABYY!!
aku was like - watafak? 
pastu die malu-malu sendirik
bila aku kluar, sempat lagi dia cakap kat aku - "sorry akak art market"
pfftt!