Wednesday, July 27

first pay-dayy

tak berapa nak first sbenar nye
sebab time buat part time dulu
lagi banyak gaji nye
and dah blanje satu family makan besarrrr punyaa

tapi macam mana pun - alhamdulillah la
ade jugak keja
takde la jadik mcm sesetgh org lain
kena tanam anggur je sampai 4-5 bulan
tapi buah nye takde jugak
siannn

so since ni first gaji yg official
kena laa kasik mak ayah dulu
walaupun ayah cakap tayah
tapi nak kasik jugakk
tak kiree!

so kepada mak dan ayah,
terima lah duit tu ye
tak banyak mane pun compare dgn apa yg mak ayah dah bagi dari kakak kecik
hujung bulan kalau agak2 gayat je, boleh mintak balik tak?
hihi ;)

siann, dah la gaji sikit
potong pulak socso and epf
lagi sikit la gaji aku
nasib baik la duk ipoh
kalau duk kl - mau tak cukup ni

kesimpulan cite hari ni
mmg best lah bile dapat gaji
sampai speechless

ok nak gi tatap statement maybank lagi, bye!

Sunday, July 24

Coping up and adapting

27th day of my working life

rasa-rasa dah boleh blending in with the staff
even ada jugak yg susah nak di tegur
degil jugak makcik-makcik kat sini
seribu satu ragam
saborr je lahhh

and rasa dah boleh cope dengan shift-code
even balik lewat malam
tapi ayah and kakak sentiasa ada
utk teman tanye - "dah sampai umah ke belom?"
and manage to get enough sleep and rest

yg paling penting, dah boleh adapt hidup sorg kat sini
makan minum tak teratur sgt
tapi body dah boleh terima routine harian
doa-doa harap solat teratur :)

apa yg aku rasa bila duk sini?
rasa rinduu sesangatttt kat semua orangg!

walaupun kadang-kadang best nak feel rindu-rindu ni
tapi selalu nya sedih la
macam biasaa - kena la adapt and change

thank you for those yg slalu bagi supportt!
esp mak ayah kakak!
love them all lahh!

Wednesday, July 20

TAK BOLEHH!

Arghhh! Stress! Susah la macam ni. Nurul Farhanaa, please learn how to control yourself! Please please pleasee!

*nak nangis*

Wednesday, July 6

rindu

working life, sangat lah memenatkan
but since aku duk alone
memang terasa sgt rindu kat mak and ayah
eventhough 11 tahun dah biasa duk asing dgn diorg
but this time, baru sedar mcm mana rasa homesick

for this time being
shift code keja aku 10 pagi sampai 7 petang
so balik rumah je - dah gelap
no one home
takde dgr bunyi tv
kena cepat2 mandi and solat
sebab mak takde kat sini nak bebel
perut pun bunyi lapar
takde orang nak layan
sebab ayah pun takde

mmg sedihh
keja penat, malam takde life
bukan la aku nak life yg lepak sana sini tgk movie
cuma nak spend time with mak ayah
sangat rindu kat mak ayah

dah la weekend pun kerja
baru la aku sedar
betapa penat nya bekerja utk carik sesuap nasi
time kasih mak ayah sebab dah kerja lama untuk besarkan kakak
selama hari ni kakak tau mintak duit je
tak penah tau mak ayah penat sampai macam ni
now since kakak dah kerja
kakak baru tau macam mana penat nya bekerja
lepas tu nak kena manage anak-anak lagi
kakak duk sorg ni pun tak sempat nak kemas rumah

kan best kalau mak ayah datang sini :'(
kakak tak boleh nak cerita panjang2 dgn mak ayah
sebab bila balik - dah malam
dah penat dah ngantuk

hari-hari kakak nangis
kakak rindu rumah, rindu mak, rindu ayah, rindu kakak
kakak nak balik T.T
mak ayah tolong la doa kan bagi kakak
supaya kakak kuat semangat
and boleh terus kan keja kat sini

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.w.t dan Rasul serta sahabat dan keluarga Baginda, Ya Allah, ampunilah dosa aku, dosa kedua ibubapa aku, dosa abang kakak aku, dosa arwah adik aku dan semua umat-Mu, sudahilah bagi aku dengan sebaik-baik kesudahan, dan janganlah Engkau tamatkan ke atas aku dengan seburuk-buruk kesudahan, Ya Allah Ya Tuhanku, janganlah Engkau jadikan hati aku condong kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepadaku. Dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu kerana sesungguhnya Engkau lah Maha Pemberi. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari keluh kesah dan dukacita, dan aku berlindung dengan-Mu dari lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu dari tekanan hutang dan kekerasan sikap lelaki. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kebaikan di dunia dan di akhirat, dan jauhi lah aku dari azab api neraka.

Dan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.w.t serta keluarga dan sahabat Baginda, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Amin.

Monday, July 4

homesick

rinduu nyaa nak balik rumahh! nak jumpe mak ayah! nak jumpe kakakk! rinduu sangat sangatt!