but since aku duk alone
memang terasa sgt rindu kat mak and ayah
eventhough 11 tahun dah biasa duk asing dgn diorg
but this time, baru sedar mcm mana rasa homesick
for this time being
shift code keja aku 10 pagi sampai 7 petang
so balik rumah je - dah gelap
no one home
takde dgr bunyi tv
kena cepat2 mandi and solat
sebab mak takde kat sini nak bebel
perut pun bunyi lapar
takde orang nak layan
sebab ayah pun takde
mmg sedihh
keja penat, malam takde life
bukan la aku nak life yg lepak sana sini tgk movie
cuma nak spend time with mak ayah
sangat rindu kat mak ayah
dah la weekend pun kerja
baru la aku sedar
betapa penat nya bekerja utk carik sesuap nasi
time kasih mak ayah sebab dah kerja lama untuk besarkan kakak
selama hari ni kakak tau mintak duit je
tak penah tau mak ayah penat sampai macam ni
now since kakak dah kerja
kakak baru tau macam mana penat nya bekerja
lepas tu nak kena manage anak-anak lagi
kakak duk sorg ni pun tak sempat nak kemas rumah
kan best kalau mak ayah datang sini :'(
kakak tak boleh nak cerita panjang2 dgn mak ayah
sebab bila balik - dah malam
dah penat dah ngantuk
hari-hari kakak nangis
kakak rindu rumah, rindu mak, rindu ayah, rindu kakak
kakak nak balik T.T
mak ayah tolong la doa kan bagi kakak
supaya kakak kuat semangat
and boleh terus kan keja kat sini
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.w.t dan Rasul serta sahabat dan keluarga Baginda, Ya Allah, ampunilah dosa aku, dosa kedua ibubapa aku, dosa abang kakak aku, dosa arwah adik aku dan semua umat-Mu, sudahilah bagi aku dengan sebaik-baik kesudahan, dan janganlah Engkau tamatkan ke atas aku dengan seburuk-buruk kesudahan, Ya Allah Ya Tuhanku, janganlah Engkau jadikan hati aku condong kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepadaku. Dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu kerana sesungguhnya Engkau lah Maha Pemberi. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari keluh kesah dan dukacita, dan aku berlindung dengan-Mu dari lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu dari tekanan hutang dan kekerasan sikap lelaki. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kebaikan di dunia dan di akhirat, dan jauhi lah aku dari azab api neraka.
Dan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.w.t serta keluarga dan sahabat Baginda, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Amin.
No comments:
Post a Comment